Sejarah Pembukaan Sinario Cafe
Sinario ditubuhkan pada 1 Januari 2003 oleh pengasasnya sendiri iaitu Encik Ishak dan isterinya Puan Ernie Marlina binti Mohammad atau dikenali sebagai Linda.
Mendapat ilham menamakan restorannya sebagai Sinario Cafe kerana menurut Encik Ilham, nama Sinario itu mempunyai maksud yang mendalam dan senang untuk diingati. Menurut beliau juga Sinar bermaksud seperti sinaran matahari yang sering mewarnai bumi dan Rio atau Riuh bermaksud keriuhan pelanggan-pelanggannya yang mengunjungi restorannya.
Restoran Sinario pertama dibuka di bahagian Bandaran, Kota Kinabalu. Pada permulaan pembukaan restoran beliau, restoran tersebut mendapat sambutan yang amat hangat kerana Restoran Sinario menyediakan menu yang ala-ala Northern Indian atau Indian Style. di sebabkan oleh permintaan yang tinggi, beliau mula mengembangkan jenis-jenis menu beliau dengan menyediakan pelbagai jenis makanan yang boleh memenuhi kehendak selera pelanggan yang pelbagai bangsa dan citarasa.