MENU-MENU BARU YANG DIPERKENALKAN DI SINARIO CAFE ALAMESRA
Menu terkini di Sinario Cafe Alamesra yang sememangnya mengiurkan hati yang mengemari makanan ala-ala western ini. Bertujuan untuk memperkenalkan ''benda baru'' yang sudah menjadi prinsip Sinario Cafe yang tidak pernah gagal untuk menyajikan beraneka makanan kepada pelanggan-pelanggan yang dikasihi.
Bagi pelanggan yang biasa mengunjungi Sinario Cafe Alamesra yang tidak perlu melihat menu untuk memilih makanan apa yang hendak dijamah, mulai hari ini... menu Sinario Cafe memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat belaka. Rugi kepada sesiapa yang tidak mencubanya.
Antara menu-menu baru Sinario Cafe:
- Soccer Plater
- Lamb Chop (2 pilihan sos - Black Pepper atau Gravy Mushroom)
- Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
- Grilled Chicken Chop
- Chicken Putanesca
- Bolognise Spaghetti
(1) (2)
(3) (4) (5) (6)
- Kari Kepala Ikan
- 2 pinggan nasi putih
- 2 set teh jasmin sejuk

SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN MAKANAN SINARIO CAFE
Sudahkah anda merasai jenis-jenis makanan yang kami sediakan? Jika belum, anda harus turun ke Sinario Cafe dan merasai keistimewaan dan kelainan yang kami persembahkan. Kami di sini sentiasa menyajikan makanan yang enak dan dapat memenuhi selera pemakanan anda. Kami juga sentiasa membuat kelainan dan menyajikan menu-menu baru yang tidak ada di restoran lain.
Di Sinario Cafe, setiap hari kami akan membuat breakfast buffet yang special. Anda boleh memilih makanan yang anda suka dan anda juga boleh ambil sebanyak mana anda inginkan. Fuhh! Memang gerenti kenyang perut dan senang hati. Setiap hari kami menyediakan breakfast buffet yang berlainan.
Hari Isnin: Ala Kampung
Hari Selasa: Western Style
Hari Rabu: Northern Indian
Hari Khamis: Chinese Style
Hari Jumaat: ALL IN ONE (SPECIAL EDITION)
Sebanyak 482 menu yang disediakan di Sinario Cafe dan menu sebanyak ini tiada anda jumpai di mana-mana Restoran. Semua jenis menu makanan kami sediakan secara semulajadi supaya pelbagai jenis bangsa dapai menikmatinya dan akan membuatkan anda tersa seperti berada di rumah sendiri dengan merasai makanan kami.
Antara menu hidangan kami yang paling digemari sejak dahulu lagi, ialah:
- NASI GORENG LALAP
- CHICKEN CURRY CLAYPOT
Kuih-muih atau kek yang terdapat di Sinario Cafe adalah hasil buatan rumah isteri En.Ishak iaitu Puan Linda. Beliau sendiri yang akan membuat kuih-muih yang turut dijual di mana-mana cawangan Sinario Cafe tanpa bantuan orang lain. Kuih-muihnya yang sangat enak dan keknya yang sangat lembut sentiasa menjadi perhatian pelanggan. Beliau sememangnya mempunyai tangan yang berbakat dalam memasak, kerana jikalau ada permintaan katering, beliau yang akan menyiapkannya.




