Friday, 17 February 2012

Sempena Valentine Day


Sempena promosi Valentine Day Sinario Cafe pada 14 Februari 2012. Sebanyak sembilan pasangan yang telah merasai Valentine Promotion Day kami. Gambar diatas adalah sebahagian daripada pasangan tersebut. Oleh kerana sambutan yang begitu meriah, kami di Sinario Cafe telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh promosi Valentine Day kami selama seminggu. Kami telah menamakan tema Valentine tersebut sebagai "A WEEK OF LOVE". Pasangan yang telah merasai promosi Valentine kami telah dihadiahkan sekuntum bunga ros yang istimewa. Kebanyakan daripada mereka amat berpuas hati dengan servis kami dan juga promosi kami. Mereka juga turut mengharapkan agar Sinario Cafe dapat membuat promosi sebegini tiap-tiap tahun.





Sinario cafe juga di hiasi dengan amat cantik sekali bersesuaian dengan tema khas kami iaitu Valentine's Day. Jika anda berkunjung ke Sinario Cafe pada 14 Februari 2012, pasti anda akan merasai kehangatan kasih sayang yang Sinario Cafe tunjukkan kepada pelanggan yang dikasihi. Bgai sesiapa yang tidak sempat untuk berkunjung pada Valentine's Day, Sinario cafe sentiasa menantikan kedatangan anda semua. Kami akan menyediakan yang sebaik mungkin kepada anda. kami sememangnya ...simply the best.


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews